Friday, March 22, 2024

Tentang aku secebis catatan hidup (1)


 Aku kerap mengabadikan pengalaman dalam catatan kecil seperti mana serpihan kaca yang terpecah. Aku mulai mengutipnya kembali jadi jadi sekeping cermin memaparkan wajah diri dan masa kembali. Luahan di masa hadapan  menatapnya semula sebagai catatan lampau yang boleh dijadikan renungan daripada kehidupan ini. Lontaran pemikiran yang melompat keluar daripada gegelung fikirku, sebagai renungan dan kisah yang bermanfaat kepada warga pembaca. Ia perlu mengupasnya sebagaimana sebiji epal yang rapuh, perlu berhati-hati.  Catatan ini bukan sekadar curahan emosi dan perasaan, tetapi adakalanya ianya berupa kemarahan dan meluat dengan sikap buruk yang terlihat di atas jalanraya, atau sikap rakus dan tamak haloba sehingga terlupa akhirnya nanti manusia akan meninggalkan apa sahaja apa sahaja yang dikumpulkan di dunia ini. dan apa jua yang sangat disayanginya.Sebagaimana pesanan ulama terkenal, 'kunci untuk mengenal Allah swt adalah dengan mengenal diri sendiri.Tiada yang terhampir dengan dengan kamu sendiri, melainkan dirimu sendiri. Bukan sekadar kita mengenali rasa lapar, rasa marah, rasa bernafsu, sebenarnya lebih daripada itu lagi tentang diri kita, jika tidak lebih daripada itu, kita samalah seperti seekor keldai dan seumpama binatang lain. Hakikatnya kita harus mencari kebenaran.

        Justeru, satu ketika aku mengumpulkan semua cebisan yang ku tulis, untuk di jadikan sebuah antologi, sebuah lukisan yang beradab dan mendidik. Aku masih lagi mengatakan terpecah-pecah kerana pemikiran yang berlegar-legar dalam akal fikir, berbaur antara manusia dan alam. Cerita pendek yang terpisah-pisah lalu kuanyam menjadi hamparan yang terbuka luas dan boleh dilihat daripada pelbagai sudut, apatah yang pernah dilalui oleh manusia lain sepertiku.

RUANG KECIL

    Pernahkah sesiapa mengelamun atau sedang berangan-angan agar dapat kembali semula ke zaman remajanya semula. Kita berada pada suatu titik, yang sangat penting sehingga menentukan masa kini. Menyusun kembali papan catur dan mengatur kembali strategi yang baru. Apakah yang akan kita lakukan, jika dapat kembali berada di zaman persekolahan. Dan waktu itu kita mendengar kembali lagu Siti Fairus, atau lagu Sehingga Akhir Nanti, dendangan Alleyb Cat. Adakah masa itu kita akan berlari-lari di atas padang hijau di hadapan sekolah, memburu seorang gadis dalam kelas yang sama. lalu mengucapkan, " aku suka padamu" atau adakah ketika itu , kita akan tertewas dengan ayat-ayat cinta yang mendustakan.

`    Kita diberikan masa yang sama dengan rakan-rakan lain. KIta berfikir secara konservatif, di masa itu dan tidak dapat mengawal di antara peluang dan kemalasan untuk berusaha mencapai kebahagiaan. Hari-hari kita meriah dengan keseronokan yang sangat pendek, tanpa tersedar sehingga kita terlepas untuk mengecapi mimpi sebenarnya.Peperiksaan menjelang , namun kita leka dengan keseronokan sebagai remaja, leka dengan permainan sehingga masa terbuang dengan begitu percuma, kita melepaskan rindu kepada dedaunan yang akhirnya akan layu dan gugur ke bumi. Aku tidak dapat mengendalikan diriku, kerana terbakar oleh pujian yang ringkas. Akhirnya kita kehilangan semua yang diimpikan. Selamat jalan Romeo.

    malam-malamku hanya berisi keperitan rindu. lalu aku mengubah beberapa lagu untuk dipetik bersama alunan gitar. Terasa dunia membosankan kerana sebagai remaja diri terkongkong. yang tidak menarik apabila keraguan dan tentangan.  Kita menjadi seperti seekor kijang yang akan diterkam oleh seekor harimau. KIta tidak memiliki apa-apa kerana menjadi mangsa emosi.Kita terlupa dan angkuh kerana takdir telah menewaskan satu ketentuan.

Tanpa pertemuan pertama

        Aku sudah lama melupakan. Melupakan kekesalan lampau, dan melupakan adakah orang-orang yang pernh mendera diriku, masih hidup atau sudah berangkat ke alam lain. Aku bukan pandai sebijak rakan-rakan lain dalam alam persekolahan. Kebijaksanaan seseorang itu akan akhirnya  akan membawa dia sehingga keperingkat tercerdik ataupun merakus dalam urusan harta. Bukan semua orang-orang cerdik, akan mengakhiri hidupnya di dalam masjid dan bertafakur. Ada di antaranya cerdik yang digambarkan menghisap kekayaan di muka bumi ini tanpa peduli halal dan haram. Ini bukanlah cerdik yang menepati syariah dan agama. 

        Ada  beberapa orang rakan ku yang berjaya sehingga ke peringkat tinggi, tanpa memerlukan bantuan daripada orang lain.Mereka hidup dalam gelombang hidup yang sederhana dan lebih penting mementingkan kehidupan selepas diri terdiri sendiri. Mati. Begitu mudah kita dalam hidup ini untuk terperangkap dengan ala


Pada pagi hari raya kedua, kami bertolak dari pasir Panjang Laut menuju ke Cameron Highland, sebelum sempat tiba, kereta lama peninggalan orang tua telah meragam, Kami tersangkut kerana kereta tidak mampu hendak naik bukit di lereng yang agak cerun. Maka aku berehat di tepi jalan. Baraangkali masalah 'gearbvox'

Thursday, March 7, 2024


 Kepada semua perajurit,  tanahair kalian perlu dipelihara daripada musuh luaran dan dalaman. Lambat dan cepat, tenah terbilang ini menjadi idaman musuh bangsa dan agama. Mulut-mulut kufar sedang mencemek  bibik mengejek dan mempermainkan kerana bangsa kita lemah. 

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...