Kehidupan begitu jugalah dalam permainan tenis. Memukul dan melantun semula ke arah yang kita perlu terka dan duga. Sesiapapun boleh melakukan dengan syarat dalam mengawal pukulan itu, kita perlu mempelajarinya. Orang sering beranggapan, bermain tenis sukar kerana harus menghayun raket dengan kuat, sedangkan raket itu nampak berat. Sebenarnya tidak. Mereka cuma melihat daripada jauh, kebetulan raket tenis nampak besar dan sebenarnya ia tidak berat seperti yang mereka nampak. Ini kerana mereka tidak datang secara dekat dan meradsa sendiri sejauhmana beratnya. Beginilah kehidupan, orang melihat sesuatu yang senang itu susah, pada asasnya mudah. Begitu juga orang sering beranggapan sesuatu perkara itu mudah, pada hakikatnya payah. Oleh itu anak-anak ku , kita perlu mencuba sesuatu yang baru dan berazam untuk menguasainya. Dan sekarang kau semakin menguasainya, lebih daripada jurulatih.
sekarang, hari ini, 10 Mac, Ahad pagi, bermain bersama-sama SUPA, hebat anakku. Kau sudah boleh menguasai dan menghayati tenis. Tidak sia-sia kau bersungguh-sungguh berlatih selama berbulan-bulan sebelum memasuki politeknik, Syabas anakku.
