Naratif ini bersumber daripada para intelektualis bangsa yang sering memikirkan masa depan ataupun sejarah masa lampau bangsanya. asal muncul agamanya, dan bagaimana bermulanya. tanah airnya agar terpelihara sebuah maruah dan kedaulatan negaranya. Dikutip daripada pangkal dan hujung pemikiran sarjanawan yang ikhlas dan senantiasa ingin memikirkan kebagusan kaumnya, Untuk menukangi secara model atau ilmiah cara teoritikal dan ekspansif, Kami berbalik kepada fungsi naratif, peranan pengarang, biarlah orang mulai tahu, siapa sebenarnya Kami dalam mempertahankan tanah air sendiri.
Berdasarkan metafizika Islam, sintesis daripada idea, teori, samada pandangan ahli-ahli teologi, hukama, dan pandangan ahli sufi (tasaauf), transformasi adab dalam bentuk naratif wajar dijungkir balik, seperti juga menjinakkan haiwan liar yang terlepas.
Memikirkan keuntungan duniawi bersama dengan kebahagiaan dalam konteks ajaran Nabi kita perlu diteruskan walau tokoh-tokoh kita telah ramai yang pergi meninggalkan kita. Selagi ada daya dan usaha kemahuan yang tinggi orang lain tidak akan mempersendakan kita. Inilah adalah nasib kita di masa akan datang.Umpamanya kita menemui mutiara dalam analisis sosial yang berteraskan Islam yang hakiki. Hari ini, esok dan seterusnya adalah hari-hari yang segar dan baru untuk menjalankan amal kebajikan. Kerana kita perlu menyelesaikan hutang moral yang tidak terlesaikan lagi. Tanggungjawab intelektual, tanggungjawab agama, iman, dan Islam. Tidak ada istilah ketingalan dalam menjalankan amanah Allah selagi kita masih bernafas. Oleh itu, ayuh, kita bangkit bermula hari ini.
Daripada pengalaman yang ku lihat sepanjang perjalanan usiaku, masyarakat Hujung Tembok tebal dengan semangat kekitaan, nasionalismenya. cintanya kepada bangsa dan tanah air begitu beragam dalam beberapa dekad dan peristiwa. Namun secara teoritikalnya, masyarakat kami sangat menjaga kedaulatan raja-raja, dan mengangkatnya tinggi. Menjulang sultan dan raja-raja adalah semangat yang mendarah daging dalam jiwa masyarakat.Bak kata, mereka sanggup menggalangkan nyawa mereka sebagai galang ganti. Begitulah semangat keMelayuan dan bersedianya mereka mempertahankan keturunan dan agama mereka.
HUjung Tembok merupakan tebing tanah persinggahan raja-raja Melayu yang masuk melalui Beting Beras Basah, di hilir sungai, KUala Bagan Datuh. Di kiri kanan tebing sepanjang hilir membawa ke hulu sungai, HUjung Tembok, Mukim Lambor, peninggalan makam-makam diraja masih dipelihara sehingga saat ini.
Makam Megat Terawis, Bendahara Kesultanan DiRaja Perak, yang terletak di Kampung Jawa, masih dipelihara sehingga kini. Tidak ada sesiapa lagi di antara kami berani menderhaka. Walaupun tidak kami berguru daripada Hegel dan Rouseea tentang nasionalisme. Jadi benar makna nasionalisme itu, "perasaan anti", keterbalikan frasa itu boleh semena-mena bertukar kepada "perasaan cinta", kepada bangsa, agama dan tanah air ini.
rata-rata masyarakat Hujung Tembok bukanlah yang jenis ekspansif, tidak untuk nasionalisme menguggah bangsa dan negeri lain, tapi menjaga bangsa, agama dan negeri kami sendiri. Jadi siapa yang mejaga makam diraja di Hujung Tembok, jika bukan bangsa kami, bukanlah bangsa asing. sejarah awal bangsa asing tidak betah menzuriatkan keturunan mereka di atas ranah kami. Mereka pendatang asing yang dibawa oleh orang asing juga.
Sebagaiamana Bendahara Megat Terawis sanggup bergadang nyawa mempertahan kedaulatan Melayu, pernah mengalir jiwa pahlawannya dalam penjaga makam, Pak Ishak dan kumpulannya menghincit oran-orang yang berdagang di sungai. mereka dibunuh, ya, memang nampak kezaliman yang dilakukan oleh beliau, tetapi ada ketikanya pembunuhan berguna untuk membentuk jiwa masyarakat. Membetuli masyarakat dengan hukuman, agar masyarakat ikut terselamat. Begitu jugalah untuk menghancurkan aktiviti tidak bermaruah kelompok-kelompok ulat rasuah yang hidup dalam masyarakat ini. Undang-undang berani diceroboh kerana mereka dipelihara oleh elitis tertentu. sehingga bangsa asing menceroboh tanah milik kita dengan sewenangnya. Merekalah bangsa asing yang pernah ditakik oleh Pak Ishak dan kumpulannya. Mereka datang bukan sebagai pedagang semata-mata malah ingin jadi lintah, yang menyedut darah pribumi.
Semangat Pak Ishak perlu kita dahului sebelum kita memahami apa makna sebenar nasionalisme dan demokrasi. Sekarang kita bebas untuk bersuara dan mempertahankan hak-hak sekiranya kita berani bersuara. Bersuara semata-mata tidak cukup, kita memerlukan identiti dan ilmu. jangan sampai kiamat bangsa pribumi dilocok-locok oleh konglomerat. Tali barut, api dalam sekam ini yang pernah digantung sampai mati. Setaraf pengedar dadah, setaraf penderhaka bangsa, jika tidak ulat-ulat seperti ini akan terus hidup dalam masyarakat kami.
Yang perlu dikocah diherdik dalam khutbah setiap hari Jumaat, bukan seadanya seperti Syiah, tapi Wahabi juga, Ulat ulatan ini juga. Korupsi! Mereka inilah yang tumbuh dan membesar dalam masyarakat kita. Merebak bagaikan wabak, pandemik yang secara senyap tanah air hilang bertukar milik kepada bangsa asing. Bacakan Risalah Untuk Kaum Muslimin, pada setiap Jumaat, diulang-ulang biar menjadi bersih hati-hati yang hitam. Inilah sistem pemikiran yang wajar menjadi jelas, bukan disembunyikan oleh aristokrat dan politikus semasa yang dayus.
Prof Syed Naquib, " masyarakat mepersiapkan pemikiran yang sifatnya universal (kulli) menyeluruh daripada terhinggap penyakit kekeliruan akal dan kesesatan kalbu. Dan bukan lagi khutbah yang sifatnya ocehan dan omongan semata-mata. Memuakkan. Makmum terus diberikan pelali dan tidur dalam khutbah. Bosan dengan ocehan yang tidak pernah meruntun akal nyali.
Sewaktu musim wabak melanda tanah air, kita lebih banyak memikirkan soal menu daripada mentelaah hakikat alam ini. Riders Food Panda tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Masyaraakat kita banyak menguruskan soal perut daripada soal akal. Mengapa tidak buku-buku yang bersilang-silang dihantar ke pintu-pintu rumah. Adakah masyarakat kita kenyang dengan makanan dan minuman dan tidak terasa otak menjadi kosong jika tidak membaca. Inilah sikap yang dikatakan intelektualiti yang perlu ada dalam masyarakat kita. Bukan nafsu perut. Kerana itu mendadak liberalisme menyerang, mereka tidak ambil peduli, apabila pluralisme mendekat, mereka masih kesiangan tidur, kerana kekenyangan. Mereka terus bersahabat dengan ideologi sekularisme, sedang mereka tidak memahami apa sebenarnya sekularisme, lalu apabila timbul isu, mereka jadi kecil, mengentut seperti sepah bulan.
mereka mengenal sekularisme secara nominal, pada nama sahaja. tidak lebih daripada itu. Lalu pekikiran umat Islam harus berpusat kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi kita. Mengenal perjuangan tokoh-tokoh pejuang dalam khalifahtul Islam pada zaman Usmaniyah, Abbasiyah dan lain-lainnya. Bangsaku masih lena dibuai mimpi, meskipun al Aqsa sudah diceroboh golongan yang tidak beriman kepada Allah. KIta hanya menontotn provokasi dan fitnah dari filem-filem Barat yang banyak mencela umat Islam.
Pandangan kristis kita perlu melangkaui perasaan yang sungguh mengaibkan, apabila agama dan umat Islam dicela sedemikian rupa oleh orang Barat. apakah umat Islam hanya mampu berserah akan nasibnya. Serangan pemikiran ala propaganda ini saban hari muncul dan menghantui generasi seolah-olah kita tidak memiliki sistem pertahanan yang kebal. Adakah nanti lautan kita dikepung oleh armada-armada kufar, dan kita mati konyol. Semangat jihad sahaja tidak cukup untuk melawan armada yang muncul, melainkan kita mesti bersatu dalam satu bendera. Iaitu bendera tauhid yang satu. Islam. Kita hanya memiliki semangat Hang Tuah, dan semangat Salehudin al Ayubi. Daripada sudut persenjataan, kita masih belum berdaya membina kejuruteraan armada kita sendiri. Apakah kita masih menunggu bangsa kita diratah luluh, sebagaimana tsunami yang melanda Banda Aceh.
Golongan manusia yang rakus ada di mana-mana, baik dalam masyarakat bawahan mahupun peringkat atasan. Persoalannya untuk apa mengumpulkan harta benda yang begitu banyak, jika tidak kita perlukan. Apatah lagi cara harta itu diambil melalui wang sogokan, rasuah, tumbuk rusuk, bawah meja, dan lainlain istilah yang mulus-mulus. Yang perlu ditamakkan adalah ilmu, minda merdeka, membangunkan nasib bangsa. Tidakkah begitu pemuda pemudi bangsaku yang dikasihi.
sesetengahnya agak fundamental dalam memberikan hukum kepada kelompok lain. mereka nampak lebih ideologikal, sehingga menolak sertaus peratus pembaharuana akal daripada mahzab yang lain. Menolak terus untuk bersahabat dengan Syiah, inilah fundamental yang sesat. Bahawa kononnya, kunci syurga ada di kalangan mereka yang fundamental. Eloklah jadi liberal, kerana itu akan lebih memakmurkan dunia Islam yang tidak henti-henti bersengketa.
Maka, apabila orang menuduh kita ortodoks atau konservatif, bolehlah berubah menjadi sedikit liberal dalam berfikir. Seperti yang penulis nyatakan, kita tidak pernah bermimpi mendapatkan kunci syurga. Kerana kunci itu untuk hamba-hamba yang benar ikhlas. Dan parameter keikhlasan itu hanya dicatit oleh malaikat.
ada kalanya kita dilanda semangat untuk hidup dan berfikir tergesa-gesa dan alpa pada titik asal perjuangan. Kita perlukah kapitalis atau menjadi sosialis?
Banjir
Hari sudah malam, orang yang suka bermimpi akan segera memasang kelambu, menutup lampu. Tidur. Itulah rutin yang biasa bagi kami. Hujung Tembok akan cepat malamnya kerana suasana kampung akan diserkup oleh kegelapan. Tiada kedai-kedai yang dibuka sebelum senja melabuhkan tirai. Tetapi tiba-tiba muncul Harun tergesa-gesa datang di hadapan kedai Pak Leman.
"Pak, mahu beli beras,"
Pak Leman menimbang beras yang diminta oleh Harun.
"Aku tulis dalam buku ya, Harun ?"
" Ya, ya," Harun mengucapkan terimakasih, hilanga di dalam kegelapan senja.
"Kita sudah kehabisan beras, dan kebun jagung di pulau juga sudah ranap. Air melimpah naik. Tiada apa lagi yang tinggal. Habis semua"
Jika air bah sudah naik ke atas pulau, tentulah tidak lama lagi kampung kita akan banjir. "
Rumah kita bagaimana pak ? Tentu jugalah banjir.
Tanya Zana di muka pintu, sambil merenung pada arah pulau di tengah sungai.
Lagu My way we were,
Lihat dahaulu peperangan di antara kerajaan Melayu Melaka melawan Portugis. Bangsa Kami tidak pernah lupa bagaimana saudagar Cina menyediakan dua buah jong untuk digunakan oleh Portugis utnuk menyerang Melaka. Bgeitu juga seorang cethiah yang membantu Portugis. Kami jangan alpa sikap orang luar terhadap kerajaan Melayu Melaka diketika itu