Wednesday, August 21, 2013

4 Ogos 2013, Ahad ,, Zahid dimasukan ke Wad 8A, setelah demam berpanjangan dan pagi itu didapati najis bercampur darah. Seorang kanak-kanak yang aktif dengan beberapa pasang but, dan tidak berhenti daripada menendang bola di padang, tiba-tiba datang ujian Tuhan yang berpanjangan.

Konvokesyen di Pulau Pinang hujung September aku akan hadiri tetapi sesuatu yang cacat dan kekurangan, aku akan menghadiri majlis yang sangat bermakna itu tanpa ditemani oleh isteri dan anak bongsu yang kini sedang menerima rawatan di hospital Selayang. Aku tahu kalian akan berada disisiku pada hari tersebut. Dengan semangat dan harapan yang  menggunung sekian lama aku memanjatkan kesyukuran kepadaNYA, kerana akhirnya berjaya mengapai buah makna yang kutimba dengan keazaman dan nada kecekalan. Ini semua untuk kalian. Untuk anak bangsaku yang sedang dilanda kemikskinan jatidiri dan kealpaan tentang tanah air dan agama kita sedang dikunyah oleh bangsa yang dikutuk seisi alam.

Semua ini kehendak Tuhan

Sudah masuk hari ke - 17, Zahid di masukkan ke Wad 8A, Bilik 18, Hospital Selayang. Masih belum dapat dipastikan oleh segala kepakaran ilmu, kebijaksanaan, saintis perubatan mengenai penyakit yang menyerang Zahid. Sehingga lewat malam tadi 21 Ogos 2013, Zahid kelihatan sihat, tetapi nterdapat radang di sebelah usus kecil, juga mereka yang mengaku pakar dan diiktiraf pakar dalam dunia perubatan rupanya masih perlu belajar dan menyembah Tuhan untuk mendapatkan ilham dan pengetahuan. Aku berserah kepada Allah, dan bukan pada kepakaran mereka. Ini kerja Allah. Mereka tidak akan mengaku kedangkalan akal dan ceteknya ilmu yang dimiliki oleh manusia, kecuali Allah Maha Bijaksana.
Bersabar anakku, ini semua dugaan menguji sabar kepada kita semua.Ayah setiap kali solat berdoa untuk dirimu sayangku. Allah akan menyembuhkan penyakitmu.

Thursday, August 8, 2013

Kita tak merancang untuk berhari raya di sini

Ahad yang lepas 4 Ogos 2013, ketika aku berada di bengkel seorang sahabat di hadapan dengan Metro Driving Academy, anakku di rumah menelefon mengatakan anakku Zahid sakit, dan najisnya bercampur darah. Alangkah terkejutnya, dan aku terus bergegas pulang dan membawanya ke Hospital Selayang. Patutlah selama seminggu dan kebelakangan ini dia kelihatan lesu dan tidak bermaya, enggan ke sekolah, dan baring saja di bangku depan. Awal puasa kelihatannya dia masih sihat, tetapi beberapa hari selepas puasa, memang aku nampak dia kelihatan letih dan senantiasa demam.

Sewaktu kami membawa Zahid ke wad kecemasan pagi itu, dia diperiksa dengan rapi oleh doktor yang bertugas. Dia di tahan di wad, diambil X-Tray, dan apa yang doktor tidak senang dengan keadaan Zahid, dia lemah, dan disyaki di bawah paru-paru ada sejenis cecair. Pada petang Ahad itu dada Zahid ditebuk untuk mengeluarkan sejenis cecair, dan bermula malam itu dia dimasukkan ke wad ICU. Aku tidak jangkakan keadaan seteruk itu, dan rasa bersalah kerana membiarkan Zahid begitu, setelah dia mengatakan dadanya sakit. Yang aku dan isteri sangkakan dia mengadu sakit dadanya yang kanan kerana disebabkan oleh angin, kerana pada beberapa minggu lepas, kami pernah membawa ke wad kecemasan pada suatu malam, juga doktor mengatakan disebabkan angin gastrik disebabkan dia diberi doktor sejenis steroid untuk penyakit atritis yang dihidapinya.

Ahad petang aku, isteri, dan dua adik dan adik ipar menunggu di luar wad ICU, ketika itu hampir menjelang waktu berbuka puasa. Kami tidak dibenarkan masuk, hanya seketika sebelum berbuka puasa. Zahid diawasi di wad kecemasan, kelihatan lesu, dan tidak sedarkan diri mungkin disebabkan oleh ubat bius, atau dia terlalu letih kerana menahan kesakitan yang dialami. Berbuka puasa sekadar menjamah dan meneguk air sahaja. Pada malam itu , sepanjang malan aku dan isteri pulang kerana disebabkan oleh suatu hal yang membuat kami radang kepada doktor yang bertugas.Kami , selepas berbuka dan menunggu jam 9pm tidak dibenarkan masuk ke dalam melihat Zahid kerana doktor yang melakukan tugas.

Kerana rasa panas hati, isteriku tidak mahu menunggu Zahid malam itu. Dia pulang bersamaku. Keesokan pagi barulah kami bergegas ke hospital, selepas subuh, kira-kira jam 6.45am. kami keluar melalui Lebuh Raya Lekas- Rawang- Selayang. Setibanya di bilik ICU, kami dibenarkan melawat Zahid, dan anakku sudah sedar. Dia menangis kata isteriku, kerana melihat kami tidak ada di sisinya. Kemudian akupun masuk, juga airmatanya mengalir melihat ke wajahku. Pada pagi tadi, aku bersolat di surau dan bertemu dengan Siak, Hj.Umor, dan dengan senang hati dia mahu membuat solat hajat pada malamnya. Terimakasih aku ucapkan kepada jemaah  Saujana Utama.Dan sebenarnya aku saban malam bersolat hajat untuk kesihatan anakku. Mendoakan agar dia sembuh. Tuhan kasihani dirinya yang masih kecil dan baru melihat keindahannya dunia ini. Aku juga sering bertaubat dan bertaubat saban malam, saban detik, atas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama sepanjang aku hidup.

Setiap kali aku mendengar tangisan dan jeritan anakku ketika doktor menyuntik jarum ke tubuhnya , bukan sekali, bukan sepuluh kali, malah akupun tidak tahuy berapa kali, untuk mengambil darah. Aku mengerti sayang,, kau rasa sakit. Aku tahu kau sedang menahan kesakitan itu. Aku tersenyum, namun dihatiku, aku merasai kesakitan itu. Hidup ini memang perlu diteruskan dengan berani dan jangan rasa takutkan apa-apa, kerana kita punya Tuhan yang kita sembah setiap waktu, setiap saat,..ucapan pujian yang tidak pernah henti.

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...