Monday, September 6, 2010

Salam Syawal

Tidak seperti tahun lepas, kalian kali ini sekeluarga merayakan Syawal di bawah langgit Qatar, walau teringin juga bersama-sama menikmati juadah seperti lemang dan rendang bonda yang tentunya tidak dapat kalian lupakan. Paling enak nasi lemak dan sambal tumis yang pasti memiliki originaliti untuk dihidangkan buat keluarga.
Kini bumi emas ini sungai yang mengalir semakin keruh airnya, banjaran dan lereng-lereng di tokek, di lanyak, di heret dengan rakus oleh pemaju-pemaju, pembalak-pembalak, dan pelbagai aktiviti yang berpunca daripada tangan orang-orang rakus, tidak lain selain orang berkuasa, mereka menganggap mereka boleh melakukan segala-gala ketentuan, kerana merekalah pemerintah. Di sini hujan yang turun bukan lagi suatu kedamaian, buat penghuni yang mendiami di kaki perbukitan, mereka akan senantiasa berwaspada kerana khuatir ditimbus oleh tanah-tanah yang tidak lagi melekat di permukaan lereng perbukitan. Siapa ambil peduli tentang kehancuran perbukitan ini, mereka lebih berkuasa daripada masyarakat yang tinggal di bawah. Kerana itulah suasana politik di bumi bertuah ini sudah songsang, bukan lagi seperti semasa kita kanak-kanak, rasa berbangga dengan bendera kemerdekaan yang dilaungkan. Rupa-rupanya selama ini politik menjadi penting buat orang-orang yang akan mengangkat diri mereka sebagai 'Tuhan'. Merekalah penentu masa depan kita sehingga, harga seekor ikan kembung sekarang RM 2. seekor. Kalaulah ini di namakan pembangunan untuk rakyat jelata, benarlah hanya mereka yang bersekolah, rakyat hanya kerbau-kerbau mati tertambat.
Apapun keadaan pasti akan berubah, kerana Allah tidak mengubah sesuatu kaum, hanyasanya, kita dan rakyat di bumi emas sedang menangung sesuatu yang pasti meledak, berarak, dan menjatuhkan kejahatan politik rakus.

Beberapa hari lagi menjelma

Agak terbatas juga kebelakangan mengisi ruang santai ini disebabkan ruwetan dan kengkangan kerja, tugasan , memikir sebanyak mana ibadah telah dilakukan, sehingga santak subuh , kadang-kadang meninggalkan malam itu nikmat, lebih nikmat menjadi pemikir untuk harapan sebuah dunia Melayu, Islam dan generasi.
Mereka tidak pernah belajar meniti batas-batas di sawah, bermain lumpur , haruan, keli di petak bendang, mengejar lintah di bawah keladi merawan, hampir anak-anak kini tidak menimba kepayahan mengenai masa lalu. Itulah keluarga kita, masa lampau kita, masa-masa yang mendidik insan menjadi insaf dan menguatkan jati diri. Mengukuhkan akar kebanggaan, bahawa kita hakikatnya sedang meneruskan perjuangan pahlawan-pahlawan dahulu, demi mendaulatkan sebuah hak milik.
Beberapa hari lagi Syawal akan tiba. Dan apakah bangsaku ini akan bersikap sombong, tamak, kasar, hilang akal dan maruah di atas jalan raya?

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...