Saturday, June 19, 2010

Pemikir yang wajar menerima harga dan nilai

Dia tidak meninggalkan dunia ini hanya sebaris nama tanpa erti dan buah pemikiran yang utuh lagi kreatif untuk tatapan anak bangsa. Karya-karyanya
yang agung dan bernas wajar ditatap dan direnung betapa dia
telah lama melihat penderitaan dan penindasan yang melanda
dalam dua negara berjiran tetapi menggunakan satu bahasa, bahasa Melayu. Beliau mengguliti hidup, walau terpaksa direnyut urat dan perasaaan hingga bertahun-tahun bernafas udara penjara, namun demi kewujudan dirinya sebagai manusia yang mempunyai maruah dan harga diri, semua itu harus dilalui, demi sebuah harapan yang ditinggalkan.
Bapak Pram, telah meninggalkan kita, namun karya-karya beliau tetap menjadi kajian dan bahan renungan untuk sebuah bangsa yang mengaku sudah merdeka.

Karya agung yang menyatakan maruah dan identiti




Monday, June 14, 2010

Kekayaan ini untuk insan lain


Berbahagialah kalian dapat hidup, dengan segala kecukupan yang dinikmati. Dan jangan lupa, dalam kealpaan, kejahilan dan nikmat yang Tuhan kurniakan, ada hak insan lain yang perlu kita hulurkan.
Apakah makna kasih sayang sesama manusia? Apakah perjuangan ini hanya untuk tekak kita sendiri?
Manusia lain, di lorong kemiskinan ingin meminjam sedikit keberuntungan yang kita miliki. Justeru, biapun mereka mengemis, menangis kerana kelaparan, siapa di antara kita yang tersentuh hatinya menghulurkan simpati.
Kerana kekayaan dan tidak pernah merasa terharu dengan penderitaan orang lain, kerana kelahiran sesetengah manusia bukan untuk menjadi hamba dan insan, tetapi ada kemungkinan sifat-sifat ketamakkan yang menyelubungi adalah kerana mereka sendiri lahir tanpa akal dan hati. Mereka hidup dan mati tidak ubah seperti binatang yang liar. Inilah hakikat diri.

Berfikir lebih baik untuk Tuhan, bukan untuk kemegahan


Orang-orang moden sekarang tidak ada yang susah, tetapi dalam kehidupan masih ada yang memerlukan. Jiran tetangga datang ke rumah sibuk mencipta evolusi kejayaan demi kejayaan, topiknya untuk hidup senang, duit melimpah ruah, harta bertimbun-timbun dan berbangga kejayaannya adalah kerana susah payah dan usaha tangannya sendiri. Benarkah begitu?
Bukan! Kita hidup ini berusaha bukan untuk memenuhi perut dan nafsu. Hiduplah sederhana, tetapi kejayaan dan kekayaan ditumpahkan untuk manusia lain yang perlu kita fikirkan bersama.
Harta yang banyak hanya akan ditenggelamkan oleh gempa dan kesakitan jiwa. Keprihatinan hidup, nasib orang-orang sekeliling, walau berbeda sempadan berlainan warna kulit, hakikatnya mereka jua adalah manusia seperti kita. Hidup ini tidak akan dapat dipuaskan oleh nafsu. Berbaktilah insan kepada insan malah kepada alam ini, selagi manusia ada mata fikir, ada rumah dalam jiwanya. Hati yang bersih, dijauhi sifat tamak dan haloba. Kerana untuk bekalan mati bukan harta yang dibawa, tetapi ke manakah harta yang diperolehi itu diinfaqkan.

Tips daripada tokoh penulis dunia

 “Saya boleh menahan segala-galanya kecuali godaan.” – Oscar Wilde “Lebih baik dibenci kerana diri sendiri daripada disayangi kerana bukan d...